|
Forgotten your password? Request a new one here.
|
|
Diskusi Keluargaku Cemerlang Kali Ke-2 telah diadakan di Surau Al-Hidayah pada 24 Oos 2008, mulai jam 9.00 pagi. Dua penceramah telah mengisi slot perbincangan yang dimulakan dengan penyampaian oleh Ustaz Wan Akasyah bin Wan Abdul Hamid dengan tajuk Ibubapa Berkualiti : Tanggungjawab dan Panduan. Kertas panduan turut diedarkan kepada lebih 150 orang yang hadir dalam majlis tersebut.
Walaupun mungkin ramai yang agak kecewa lantaran ketidakhadiran Ustazah Siti Nor Bahyah, namun penyampaian oleh pengganti beliau iaitu Ustaz Sheikh Ismail Hashim atas tajuk Tips Mendidik Anak Cemerlang Akademik Gemilang Syahsiah, tidak kurang hebatnya dan sedikit sebanyak menjadi pengubat kekecewaan.
Sementara itu sebelum jamuan rehat, diadakan penyampaian anugerah kepada anak-anak kariah yang solat penoh sepanjang Bulan Rejab lalu yang dijadikan sebagai Bulan Solat Surau Al-Hidayah. Anugerah disampaikan oleh Ustaz Wan Akasyah. Seramai 14 orang anak kariah menerima anugerah yang dibuat berdasarkan ‘kad solat’ yang diserahkan kembali kepada pihak surau.
|
|
Kejohanan Sukan Antara Surau-Surau Kali Ke-2 telah diadakan pada hari Ahad, 10 Ogos 2008 di Surau Al-Hidayah Saujana Utama. Sebanyak 7 buah surau telah menyertai kejohanan ini, iaitu Surau Al-Mujahirin ( SU3 ), Surau Al-Ikhwan ( SU2 ), Al-Hijrah ( SBCR ), Surau (S) SBCR, Surau Al-Mustaqim ( Iris Apartment ), Surau Al-Iman ( Rose Apartment ) dan Surau Al-Hidayah. Sebanyak 5 jenis acara dipertandingkan iaitu Street Socer, Ping Pong dan Karom bagi Muslimin manakala Ping Pong dan Congkak bagi Muslimat.
Dalam ucapan alu-aluan, Pengerusi Surau Al-Hidayah selaku tuan rumah kejohanan menyatakan rasa syukur atas penyertaan dari kalangan surau-surau ini demi mengeratkan silaturahim dan menunjukan penyatuan umat islam menerusi aktiviti bersukan. Menurut beliau lagi, surau bukan saja tempat beribadah tetapi merupakan juga tempat semua jenis aktiviti kemasyarakatan dan menuju kearah surau sebagai nadi penggerak masyarakat.
Surau Al-Hidayah telah muncul sebagai juara keseluruhan apabila menjadi juara dalam 3 daripada 5 acara yang dipertandingkan, iaitu Street Soccer, Karom dan Congkak.
a. Keputusan Keseluruhan
b. Majlis Perasmian
c. Sekitar Street Soccer - Muslimin
d. Sekitar Karom - Muslimin
e. Sekitar Pingpong - Muslimin
f. Perlawanan Muslimat
|
|
Bertempat di perkarangan Surau Al-Hidayah, Majlis Barbeque Keluarga Al-Hidayah telah diadakan pada hari Sabtu, 9 Ogos 2008, selepas solat Isyak. Kira –kira 50 keluarga dengan anggaran seramai 200 orang menyertai program yang julung kalinya diadakan. Pengerusi Surau Al-Hidayah dalam ucapan alu-aluannya berharap program ini dapat merapatkan lagi tali silaturrahim di kalangan ahli kariah. Juadah utama ialah daging kambing, ayam serta ikan bakar. Majlis berakhir kira-kira pada jam 11.00 malam. Banyak cadangan diterima agar program seumpamanya ini dibuat lagi pada masa akan datang.
Klik untuk lagi gambar. |
|
Pada 5hb Ogos yang lalu, 4 unit daripada 5 unit kontena yang pernah dijadikan sebagai kelas KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) telah diangkut keluar daripada kawasan bersebelahan Surau Al-Hidayah. Adalah difahamkan bahawa kontena tersebut akan dijadikan kelas-kelas KAFA di Puncak Alam. Baki satu unit akan dijadikan stor bersama Surau Al-Hidayah dan KIDaS.
Kontena yang memberikan seribu satu kenangan akhirnya satu demi satu hilang dari pandangan. Kontena tersebutlah banyak memberikan jasa orang ramai serta kepada operasi KIDaS. Walaupun terdapat pelbagai kelemahan serta ketidak selesaan, itulah pilihan yang ada. Namun disebaliknya, KIDaS menjadi terkenal kerana 'kontenanya', sehingga menjadi bahan cerita dalam media masa arus perdana.
|
|
Alhamdulillah, rancangan serta usaha untuk melengkapkan ruang solat utama surau dengan alat penghawa dingin akhirnya menjadi kenyataan. Setakat ini, pemasangan 3 unit penghawa dingin dengan kapasiti 2.5 hp telah selesai dilakukan pada 31 Julai 2008. Dianggarkan, sekurang-kurang 6 unit yang seumpamanya akan dipasang. Ini tidak termasuk dua bilik yang asalnya anjung di kiri dan kanan surau yang ketika ini dijadikan kelas KIDaS.
Selain daripada sumbangan orang ramai, dana juga diperolehi menerusi projek jualan Kalendar 2008 yang dijalankan pada awal tahun ini. Keuntungan hasil jualan kalendar dianggarkan sekitar RM 6,500. Adalah diharapkan dengan ada alat penghawa dingin ini, akan menjadikan solat berjemaah di Surau Al-Hidayah lebih kondusif, lebih selesa dan lebih ramai yang akan hadir mengikuti pelbagai program yang diadakan di surau. Insya'allah.
|
|
Bersempena dengan Bulan Rejab sebagai 'Bulan Solat' Surau Al-Hidayah, Pertandingan Azan dan Solat Berjemaah telah diadakan pada 27 Julai 2008, mulai 8.30 pagi. Pertandingan ini diadakan bagi mengalakkan anak-anak ahli kariah untuk melakukan azan serta solat berjemaah dengan betul. Para hakim yang terlibat memberikan terus teguran terhadap amalan azan serta solat berjemaah yang dilakukan oleh peserta yang terdiri daripada anak-anak ahli kariah.
Hanya terdapat 8 penyertaan bagi pertandingan azan dan empat kumpulan solat berjemaah. Kurangnya penglibatan daripada anak-anak ahli kariah dikatakan disebabkan pertembungan dengan pelbagai aktiviti di sekolah. Penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Ustaz Ghazali Yaacob selaku Ketua Biro Dakwah Surau serta Sdra Rosli Mohd Hussain, Naib Pengerusi Surau Al-Hidayah.
Gambar Sekitar Pertandingan
|
|
Ceramah Khas Sempena Israk & Mikraj telah diadakan di Surau Al-Hidayah Saujana Utama pada 26 Julai 2008 mulai jam 7.55 malam. Kira-kira 300 orang hadir mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafidz, Bekas Pegawai Agama Istana Negara. Walaupun ceramah hampir memakan masa selama 2 jam, namun para hadir yang hadir, tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing. Ceramah ini juga merupakan salah satu daripada siri aktiviti sempena Bulan Solat Surau Al-Hidayah sepanjang Rejab.
Menurut Ustaz Datuk Hassan Din, bulan Rejab disebut juga sebagai ‘Bulan Allah’ dan peristiwa Israk Mikraj membukti kekuasaan Allah Yang Maha Berkuasa, memperjalankan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, serta di mikrajkan naik hingga ke melepasi lapisan langit ke-7, hanya dalam satu malam yang lebih kurang memakan masa 6 jam sahaja. Yakin akan kebesaran Allah itulah yang penting.
Selain daripada itu, peristiwa penting daripada Israk & Mikraj ialah difardhukan solat 5 waktu sehari semalam. Mengapa solat difardhukan setelah 12 tahun kerasulan Rasulullah s.a.w yang berdakwah dengan agenda iman dan aqidah ? Ini seolah-olah mengambarkan betapa kewajipan solat ini hendaklah dilakuan apabila berusia 12 tahun. Malah galakan untuk solat kepada anak-anak dengan ibubapa merotannya bermula sejak 7 tahun lagi. Penanaman iman serta persediaan untuk solat sepatutnya bermula awal lagi. Bagaimana nak solat jika membaca al-fatehah tidak tahu ? Malangnya, anak-anak umat Islam pada peringtkat 7 tahun, lebih pandai menyanyi daripada solat.
Klik Untuk Mendengar Rakaman Ceramah
|
|
Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Zulkefly Ahmad telah sudi singgah dan menyampaikan Kuliah Maghrib di Surau Al-Hidayah pada 19 Julai 2008 di Surau Al-Hidayah. Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Polis Kuala Selangor dan MDKS anjuran Persatuan Penduduk Saujana Utama ( SUTRA ).
Dalam kuliah tersebut, YB memperingatkan kita supaya tidak mudah terjebak dengan 'fitnah' yang sedang melanda begitu berleluasa dalam negara kita. Menurut beliau, fitnah tidak sekadar bermaksud membuat tuduhan kepada seseorang yang tidak baik atau tidak betul. Kata beliau lagi, tafsiran fitnah yang lebih luas ialah segala keadaan yang tidak jelas.
|
|
Satu Bengkel Smart Solat telah diadakan di Surau Al-Hidayah Saujana Utama pada 19 Julai 2008. Seramai 131 pelajar telah mengikuti bengkel yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Dalam program ini, para peserta didedahkan dengan asas pengetahuan berkaitan fardu ain wuduk, solat dan pembacaan Al-Qur’an di samping penerapan sahsiah muslim, yang penting sebagai suatu benteng yang ampuh ke arah melahirkan generasi yang berilmu dan menjadi pewaris kepada ummah akan datang. Diharapkan menerusi Bengkel Smart Solat ini mampu memberikan sedikit lorongan ke arah melahirkan generasi muda yang menguasai asas-asas dalam solat diadakan.
Pada asalnya program ini diadakan pada 19 & 20 Julai, iaitu 19hb untuk pelajar peringkat sekolah rendah dan 20hb untuk pelajar sekolah menengah. Tetapi disebabkan kurangnya penyertaan peringat sekolah menengah, maka bengkel ini digabungkan sehari sahaja iaitu pada 19hb. Program bersempena dengan Bulan Solat Surau Al-Hidayah ini dianjurkan bersama Brilliance MQ Sdn Bhd.
Dalam majlis penutup bengkel, Sdra Hassan Bin Masrom, Pengerusi Surau Al-Hidayah berharap agar program ini mencapai maksudnya dan memberikan impak serta kesedaran tentang peri pentingnya solat sebagai satu ibadah terpenting yang membentuk kehidupan seseorang dan pertama dihisab di padang mahsyar nanti, sebelum amalan lain. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada peserta.
a. Gambar Sekitar Bengkel - Part 1
b. Gambar Sekitar Bengkel - Part 2
|
|
|
|
Sabtu 2hb Ogos Ustaz Hishamuddin (Tafsir)
Khamis 7hb Ogos Ustaz Mohd Nizam (Hadis Qudsi)
Sabtu 9hb Ogos Ustaz Abdul Latif Abdul Razak
Ahad 10hb Ogos Ustaz Junaid Talip (Munakahat)
Ahad 17hb Ogos Ustaz Solehin Mokhyi (Tafsir)
Sabtu 23hb Ogos Ustaz Amaluddin Napiah
Ahad 24hb Julai Ustaz Mohd Zaid Hamzah (Tauhid)
|
|