|
Forgotten your password? Request a new one here.
|
|
Surau Al-Hidayah bersama Brilliance MQ Sdn Bhd akan menganjurkan Kem Motivasi Anak Muslim Sejati bagi mengisi ruang aktiviti sempena cuti sekolah ini. Program ini akan diadakan pada 20 dan 21 Disember 2008 di Surau Al-Hidayah, terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang berusia 9 hingga 15 tahun. Bayaran penyertaan hanya RM 60 yang merangkumi bahan kursus, sijil, fasilitator serta 8 kali makan dan minum. Dalam program ini juga, para peserta akan menginap di kelas-kelas KIDaS. Pastikan peserta membawa keperluan sebagai dinyatakan dalam Borang Penyertaan.
Kepada yang berminat sila dapatkan borang penyertaan dan serahkan kembali kepada Sdr Tazul Rahim ( 10 Flora 4 ), Hj Umar ( Restoran Abu Bakar ) atau masukkan ke dalam Peti Derma Surau Al-Hidayah. Penyertaan terhad kepada 100 yang awal sahaja. Bayaran boleh dibuat semasa Pendaftaran Pagi 20 Dis 2008.
Klik Untuk Borang Penyertaan |
|
Atas permintaan ramai, kels mengaji dewasa diadakan semula. Kelas ini diadakan setiap Jumaat, selepas solat Maghrib di Surau Al-Hidayah, mulai dari 31 Oktober 2008. Kelas dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Syukri Hassan, salah seorang tenaga pengajar KIDaS. Kels ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu berbentuk kelas sebelum isyak dan secara tasmith ( selepas Isyak ). Adalah diharapakan agar lebih ramai lagi yang akan turut serta. Tiada bayaran dikenakan.
|
|
Majlis Jamuan Mesra Aidil Fitri 1429H telah berlangsung dengan meriahnya di perkarangan Surau Al-Hidayah Saujana Utama pada 1 November 2008. Majlis bermula pada jam 8.30malam dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Surau Al-Hidayah serta bacaan doa oleh Ustaz Amaluddin Mohd Napiah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amal. Ustaz Amal kemudiannya menyerikan suasana majlis dengan menyampaikan rangkaian lagu-lagu nasyid sambil para hadirin menjamu selera.
Pengerusi Surau, Sdra Hassan Masrom dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa tujuan majlis diadakan adalah bagi bersama mengucapkan syukur kehadrat Allah atas ibadah puasa yang dilaksanakan serta Aidil Fitri yang berlalu. Walaupun Syawal telah berlalu, semangat dan natijah hasil ibadah Ramadhan hendaklah sentiasa dikekalkan sehingga Ramadhan yang akan datang. Seterusnya beliau berharap majlis ini dapat mengukuhkan silaturrahim dikalangan ahli kariah. Dianggarkan seramai 600 orang telah hadir dalam majlis tersebut. Turut hadir ialah wakil-wakil serta AJK daripada surau-surau sekitar.
Antara juadah istimewa ialah Nasi Beriani Kambing, Mee Hoon Sup, Cendol dan Keropok Lekor. Selain daripada persembahan daripada Ustaz Amaluddin, tayangan 'Wayang Pacak' cerita Upin dan Ipin serta persembahan bunga api telah menarik perhatian ramai hadirin. Manakala tiga keluarga telah menerima hamper istimewa daripada pihak surau atas penampilan mereka sekeluarga pada malam tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Amal.
Pihak surau ingin merakamkan terima kasih kepada semua yang telah hadir, menyumbangkan juadah, bunga api, wang ringgit serta tenaga bagi menjayakan majlis yang cukup meriah itu. Pada tahun-tahun yang lepas, majlis seumpama ini didadakan pada waktu siang dan inilah julung kalinya pihak surau mengadakannya pada waktu malam. Majlis tamat kira-kira jam 10.30 malam.
Gambar Sekitar Majlis - Part 1
Gambar Sekitar Majlis - Part 2 |
|
Pembinaan sebahagian daripada pagar Surau Al-Hidayah telah bermula pada 27 Oktober 2008. Pembinaan ini merupakan peningkatan daripada pagar kawat besi sedia ada yang telah mengalami banyak kerosakan dan berlubang. Selain daripada untuk keselamatan, pembinaan ini dijangka dapat meningkatkan keceriaan persekitaran surau serta KIDaS. Rekebentuk dan warna adalah seumpama pagar sedia ada, iaitu yang berhampiran bangunan KIDaS. Adalah dijangka pembinaan ini siap pada pertengahan November 2008.
 |
|
Tawaran dibuka kepada muslimin dan muslimat yang ingin menyertai program ibadah korban sempena Aidil Adha 1429H. Kadar setiap bahagian adalah RM380 ( Tiga Ratus Lapan Puloh Sahaja ). Kepada yang ingin menyertai atau mendaftarkan nama menyertai korban pada tahun ini diminta menghubungi Tn Haji Norizmin Hasbullah ( No 15 Jalan Anggerik 11 ) di 012-3295766 atau izmin10@yahoo.com.

Pengerusi serta Penolong Bendahari telah dibawa melawat oleh Sdra Hashim, seorang ahli kariah Surau Al-Hidayah ke pusat penternakan lembu di Sijangkang, Banting Selangor pada 23 Oktober 2008. Ini dibuat bagi mendapatkan lembu yang baik, bersesuaian dengan harga serta saiznya. Harga lembu korban terus naik saban tahun. Tempahan 4 ekor lembu untuk dikorbankan telah dibuat. Walau bagaimanapun jumlah sebenar akan bergantung juga kepada permintaan daripada ahli kariah.

Sehubungan dengan itu juga, Solat Sunat Aidil Adha akan diadakan di Surau Al-Hidayah pada Hari Raya Pertama Aidil Adha yang dijangkakan pada 8 Disember 2008 jam 8.30 pagi. Ahli kariah diminta dapat datang awal ke surau untuk bertakbir. Ahli kariah juga dijemput bergotong-royong bersama-sama melibatkan diri dalam penyembelihan, melapah, mengagih dan menyiapkan hidangan pada hari berkenaan, sebaik selesai solat sunat Aidil Adha kira-kira jam 10.30 pagi.
Rakaman Kuliah Mengenai Ibadah Korban Oleh Ustaz Mohd Zaid ( 24 Disember 2006 ) |
|
Telah menjadi tradisi sejak bangunan Surau Al-Hidayah dibina, Surau Al-Hidayah turut mengadakan Solat Sunat Aidl Fitri. Ustaz Mansur Dahalan sekali lagi diberikan peluang untuk menjadi Imam solat serta menyampaikan khutbah Hari Raya pada hari tersebut yang bertajuk ‘Amalan Ziarah Memperkukuhkan Ukhwah’.
Penduduk yang datang beramai-ramai seawal 8.00 pagi lagi untuk menunaikan solat Aidil Fitri telah menyebabkan limpahan shaf hingga ke di Dataran Al-Hidayah. Sebanyak RM 1090 kutipan telah diterima.
|
|
Malam 27 Ramadhan boleh dianggap malam terakhir Ramadhan bagi kebanyakkan penduduk yang pulang beraya di kampung bagi menyambut Aidil Fitri pada tahun ini. Pada kesempatan ini, sebaik selesai solat Isyak, Pengerusi Surau Al-Hidayah telah menyampaikan beberapa pesanan, ucapan terima kasih atas sumbangan dan sokongan serta membuat sedikit rumusan tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang Ramadhan. Semoga dengan pengisian dan pelaksanaan Ramadhan yang dilakukan, akan diterima oleh Allah s.w.t. Turut diadakan setelah solat terawikh ialah penyampaian cenderahati kepada para Imam SOlat Terawikh serta peserta Tadarrus Al-Quran bagi muslimin.
|
|
Pada 21 September 2008, jam 3.00 petang di Balai Polis Saujana Utama, berlangsung satu majlis ringkas Penyampaian Sumbangan Kuih Raya dari Surau Al-Hidayah kepada anggota pasukan Polis Saujana Utama. Penyerahan telah dilakkan oleh Pengerusi Surau Al-Hidayah, Sdra Hassan Masrom kepada Ketua Balai, Sarjan Mustafa. Turut hadir ialah beberapa orang AJK Surau Al-Hidayah. Turut disumbangkan selain hamper kuih raya ialah Dodol Rakyat Cemara West.
Dalam ucapan ringkasnya, Pengerusi Surau Al-Hidayah menyatakan sumbangan ini adalah sebagai tanda ingatan daripada pihak surau khususnya dan penduduk di Saujana Utama umumnya. Semoga dengan sumbangan yang diberikan, akan terus menyuntik semangat para anggota yang bertugas menjaga keselamatan semasa cuti perayaan hari raya nanti. |
|
Majlis Khatam Quran untuk peserta Muslimat Tadarrus Al-Qur’an Surau Al-Hidayah Saujana Utama telah diadakan pada 21 September 2008, mulai jam 8.30 pagi. Seramai 26 peserta telah mengambil bahagian. Mereka merupakan kalangan peserta kumpulan tadarrus muslimat sepanjang Ramadhan di surau tersebut yang telah diadakan pada setiap hari pada jam 9.30 pagi dan 3.00 petang.
Dalam majlis tersebut, Ketua Biro Muslimat Surau Al-Hidayah telah menyampaikan cenderahati kepada semua peserta. Pihak surau mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih ke atas semua yang telah menjayakan aktiviti berkenaan. Semoga aktiviti ini akan dapat terus menyemarakkan Al-Qur’an sebagai pedoman hidup selain dibaca setiap hari.
|
|
|
|
| 12 Sept 08 | RM 667.00 |
| 19 Sept 08 | RM 617.00 |
| 26 Sept 08 | RM 980.00 |
| 03 Okt 08 | RM 507.00 |
| 10 Okt 08 | RM 530.00 |
| 17 Okt 08 | RM 491.00 |
| 24 Okt 08 | RM 550.00 |
| 31 Okt 08 | RM 591.00 |
| 07 Nov 08 | RM 573.00 |
|
|
Sabtu 1hb Nov Ustaz Hishamuddin (Tafsir Amma)
Ahad 2hb Nov Ustaz Mohd Nizam (Hadis Qudsi)
Sabtu 8hb Nov Ustaz Abdul Latif Abdul Razak
Ahad 9hb Nov Ustaz Junaid Talip (Munakahat)
Ahad 16hb Nov Ustaz Solehin Mokhyi (Tafsir Al-Baqarah)
Sabtu 22hb Nov Ustaz Amaluddin Napiah
Ahad 23hb Nov Ustaz Mohd Zaid Hamzah (Tauhid)
|
|