|
Forgotten your password? Request a new one here.
|
|
Kepadatan penduduk di Saujana Utama telah memberi kesan langsung terutamanya kepada keperluan untuk kemudahan pendidikan. Dengan kesedaran untuk mendapat pendidikan yang tebaik untuk anak-anak, pendidikan agama juga menjadi keperluan terutama dalam mendidik generasi yang berlilmu dalam bidang Ilmu dunia dan Akhirat.
Kafa Integrasi Darul Shahadah (KiDAS) dibawah kelolaan Surau Al-Hidayah SU antara sekolah agama yang menjadi pilihan untuk ibu bapa dalam menempatkan anak-anak mereka. Sehingga kini, terdapat 1041 murid yang belajar di sekolah tersebut yang mempunyai 13 buah kelas dengan 25 orang tenaga pengajar.
Pihak surau telah memohon sebahagian tanah dewan milik MDKS semenjak tahun 2007 untuk didirikan sekolah agama. Bersyukur kepada Allah, permohonan pihak surau Al-Hidayah telah diluluskan oleh pihak MDKS pada 28/1/10.
Tanah tersebut akan didirikan bangunan tambahan untuk KiDAS dalam mengurangkan jumlah pelajar dalam sesatu kelas. Dengan terdirinya bangunan tambahan diharap jumlah pelajar dapat dikurangkan sehiingga 30 orang untuk satu kelas dalam memberikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
AJK Pembangunan KiDAS telah diaktifkan kembali untuk merealisasikan pembinaan bangunan tersebut.
Tugas utama dalam pembangunan ini ialah untuk mencari dana untuk kerja pembinaan tersebut. Dalam masa terdekat tabung pembinaan akan dilancarkan setelah mendapat kelulusan dari pihak JAIS.
|
|
 |
Saujana Utama, 17/1/2010
Menuntut ilmu agama adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim. Menyedari hakikat ini setiap hujung, minggu terutama surau Al-Hidayah dan di surau-surau lain termasuk Masjid SU diisi dengan pelbagai majlis ilmu seperti kuliah maghrib dan juga Ceramah Agama. Selalunya majlis ilmu ini hanya memberi munafaat kepada para hadirin yg berkunjung ke surau. Menyedari ada setengah golongan seperti suri rumah dan sesetangah orang yang mempunyai kekangan masa untuk hadir ke surau, pihak surau Al-Hidayah dengan kerjasama saujanautama.net membawa terus kuliah agama terpilih terus ke ruang tamu rumah anda.
TVSU merupakan suatu inisiatif baru bagi saujanautama.net dalam menyampaikan berita dan informasi aktiviti, ceramah, ucapan, kelas pengajian dan hal ehwal penduduk kepada seluruh penduduk. Pihak su.net sangat mengalu-alukan sokongan dan sumbangan daripada penduduk untuk bersama menjadikan media ini sebagai salah satu media perkongsian ilmu pengetahuan, berita dan informasi untuk kebaikan semua. Pastikan anda mengikuti su.net untuk dapatkan jadual terdekat untuk Kuliah Agama secara langsung dari Surau Al-Hidayah.
TvSU.
|
|
|
Surau Al-Hidayah telah meraikan bakal-bakal haji dan hajjah yang terdiri dari penduduk kariah Surau Al-Hidayah pada tahun ini. Mereka ialah
1. Sdr. Abdul Rashid dan Isteri
2. Sdr. Zainal
3. Sdr Hassan Masrom dan Isteri
4. Sdr Mohd Noh
5. Sdr Rosli
6. Ustazah Wan Noriah
Pihak Surau Al-Hidayah mengucap Selamat Menunaikan Haji dan mendoakan agar dikurniakan Haji yang mahbrur.
|
|
Majlis Khatam Al-Quran, Jamuan Aqiqah & Berkhatan anjuran Surau Al-Hidayah telah diadakan pada 12 & 13hb Dis 2009. Majlis bermula dengan Khatam Al-Quran untuk kanak-kanak dan remaja yang dilangsungkan selepas solat asar pada hari Sabtu 12hb Disember. Tn Hj Hassan Masrom, Pengerusi Surau Al-Hidayah yang baru pulang dari tanah suci, turut hadir menyampaikan cenderahati kepada peserta khatam al-Quran. Jamuan akikah sumbangan ahli kariah pula telah diadakan selepas solat Maghrib. Seekor lembu dan seekor kambing disumbangkan oleh ahli kariah untuk tujuan jamuan akikah.
Sebagai pengisian majlis ilmu pada malam itu, Ceramah Maal Hijrah telah disampaikan oleh Ust Hasrizal Hassan ( Pendakwah Bebas ) selepas solat Isyak. Pada 13hb Disember ( Ahad ) acara berkhatan diadakan terus di klinik Balkis, memandangkan hanya 3 orang peserta sahaja. Untuk rekod majlis berkhatan pada cuti bulan Jun lepas terdapat 12 orang peserta. Pihak Surau Al-Hidayah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penduduk yg menjayakan program tersebut dan bersama–sama mengimarahkan lagi Surau Al-Hidayah yang kita sayangi.
Lagi Gambar |
|
Satu program `Memburu` Lailatul Qadar dan Sahur Perdana telah diadakan pada pagi 13 September 2009 bersamaan 23 Ramadhan 1430H di Surau Al-Hidayah, Saujana Utama. Bermula dari 3.00 pagi, peserta berkumpul dan mendengar penerangan ringkas oleh pengendali program iaitu Ustaz Mohd Zaid Hamzah. Ini diikuti dengan qiamullail sehingga 5.00 pagi yang diikuti dengan sahur beramai-ramai. Kira-kira 200 orang telah menyertai program. Jika pada tahun-tahun sebelum ini hanya program qiamullail, tetapi pada kali buat pertama kalinya diadakan acara sahur beramai-ramai.
Sebaik solat suboh, diikuti pula dengan kuliah suboh yang juga di sampaikan oleh Ustaz Mohd Zaid. Dalam kuliahanya ustaz mengingatkan kembali betapa manausia sekarang lebih mengejar duniawi sehingga melupakan akhirat. Antara galah dan buah, ustaz mengibaratkan galah itu merupakan keperluan dan buah pula merupakan tujuan sebenar . Seterusya ustaz menyeru untuk terus perbanyakkan ibadah dan solat sunat di penghujung Ramadhan ini dan tanamkanlah bahawa ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat kita dan lakukanlah yang terbaik.
|
|
Satu majis khatam al-Quran bagi kumpulan tadarrus Ramadhan Surau Al-Hidayah telah diadakan pada 12 September 2009. Majlis ini melibatkan tiga kumpulan tadarrus iaitu bermula pada jam 3.00 petang bagi muslimat dan mulai jam 5.15 petang bagi lelaki dewasa dan remaja. Aktiviti tadarrus mengikut kumpulan ini telah diadakan di Surau Al-Hidayah sepanjang Ramadhan 1430H.
Majlis Khatam Al-Quran lelaki dewasa lelaki remaja telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Syukri. Kira-kira 30 orang terlibat dalam akviti tadarrus kumpulan ini. Pengerusi dan Naib Pengerusi Surau Al-Hidayah telah menyampaikan cenderahati dari pihak surau kepada semua peserta pada akhir majlis. Turut diadakan ialah pemyapian cenderahati kepada kumpulan remaja yangdipanggil Nadi Al-Hidayah, yang membantu dalam persiapan dan mengemas surau setiap malam selepas terawih dan morey.
Majlis seterusnya diikuti dengan persiapan secara gotong royong untuk berbuka puasa. Kira-kira 200 orang telah hadir berbuka puasa yang menyajikan kambing barbeque dan nasi beriyani sebagai juadah utama. Adalah diharapkan program ini dapat mempereratkan silaturahim di kalangan ahli kariah.
Gambar Sekitar Khatam Al-Quran
|
|
Setiap kali Ramadhan, Surau Al-Hidayah tidak ketinggalan dengantradisinya menyediakan juadah berbuka puasa berupa bubur lambuk secara percuma. Bubur lambuk yang dikenali dengan nama Bubur Lambuk Al-Hidayah ini disediakan secara bergotong royong pada setiap hari Ahad.
Penyediaan bermula sebaik selesai solat zuhor dan siapsedia untuk diambik pada kira-kira jam 5.00 petang. Kepada yang berhajat untuk menikmatinya, silalah datang ke surau pada hari Ahad petang. Ahli kariah juga dijemput untuk bersama dalam gotong royong penyediaan.
|
|
Bersempena dengan kedatangan Ramadhan, Biro Muslimat Surau Al-Hidayah telah melancarkan Program Ihya Ramadhan 1430H. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Pengerusi Surau Al-Hidayah, Sdra Hassan Masrom pada jam 9.30 pagi, 23 Ogos 2009. Dalam ucapan alu-aluannya beliau merakamkan penghargaan atas usaha murni pihak Biro Muslimat mengimarahkan bulan Ramadhan ini. Seterusnya beliau berharap semua yang terlibat akan mendapat manfaat dalam aktiviti yang dianjurkan.
Manakala pengerusi Biro Muslimat dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa tujuan program ini diadakan ialah untuk memulia serta mendekatkan diri kita kepada Al-Qur’an. Dengan mengambil tema ’Syarafta Ya Sahrul Quran’ yang bermaksud ’Engkau Dimuliakan Wahai Bulan Al-Quran’ beliau berharap lebih ramai lagi yang dapat turut serta dalam aktiviti pengisiannya seperti tadarrus al-quran, kelas intensif iqra, kelas Bahasa Arab, tazkirah dan tajwid.
Dalam majlis tersebut juga, tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustazah Fakriah, Naib Pengerusi Biro Muslimat Surau Al-Hidayah untuk meyingkap kembali kesediaan kita dalam menghadapi tuntutan Ramadhan. Kira-kira 100 muslimat dan remaja telah hadir dalam majlis perasmian dan seterusnya turut serta dalam pelbagai aktivti yang diadakan pada hari pertama itu.
|
|
Ceramah Israk Mikraj bagi memperingati peristiwa besar dalam sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w telah diadakan di Surau Al-Hidayah pada 31 Julai 2009, sebaik selesai solat maghrib. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Basit bin Haji Abdul Rahman, dari Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
Dalam ceramahnya, ustaz banyak menyentuh tentang kepentingan serta matlamat peristiwa Israk & Mikraj, iaitu perintah kewajipan solat lima waktu sehari semalam. Menurut beliau, orang yang meninggalkan solat diibaratkan sebagai orang yang telah melepaskan ikatan Islam daripada dirinya.
Sebelum itu beliau banyak menyentuh tentang ketenangan yang dicari-cari oleh umat manusia. Menghadiri majlis ilmu adalah salah satu cara mendapatkan ketenangan dan menurut beliau lagi, tiada jaminan manusia akan menjadi tenang dengan hanya membuat amalan sahaja, kecuali mendapat impah dan rahmah daripada Allah s.w.t. Majlis ilmu bukan hanya dihadiri olehpara malaikat, Allah s.w.t akan menyebut mereka yang menghadiri majlis-majlis ilmu.
|
|
Mesyuarat Agung Surau Al-Hidayah Kali Ke-6 telah diadakan di Surau Al-Hidayah mulai jam 9.30 pagi. Mesyuarat juga diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung AJK Pengurusan KIDaS untuk kali ke-4. Kira-kira 100 orang telah hadir, termasuk AJK Surau Al-Hidayah serta para tenaga pengajar KIDaS.
Sdra Hassan Masrom dalam ucapan alu-aluannya menyorot kembali kewujudan Surau Al-Hidayah yang siap dibina dan mula digunakan pada Julai 2003. Atas rasa tanggungjawab untuk mengimarahkan surau, pelbagai aktiviti telah diadakan dan sambutan yang diterima oleh masyarakat sekitar amat mengalakkan. Beliau juga berharap agar dengan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik serta memberikan impak positif kepada masyarakat, selaras dengan visi Surau Al-Hidayah dan juga KIDaS.
Sementara itu, mesyuarat menjadi sedikit gembar kerana atas sebab-sebab teknikal, Penyata Akaun Surau Al-HIdayah tidak dapat dibentangkan. Walaupun semakan yang terperinci telah dilakukan oleh Juruaudit, namun mesyuarat memutuskan agar Penyata Kewangan di edarkan kepada rumah-rumah. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada para AJK tertentu sebelum pengesahan dibuat oleh AJK.
|
|
|
|
| There is no content for this panel yet
|
|