Surau Al-Hidayah Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor
Laman Utama Berita Aktiviti Jadual Kuliah Pengajian Koleksi Ceramah Galeri Gambar Pautan September 21 2014 10:03:03
Pengumuman
Navigation
Laman Utama
Di mana Kami ?
Latar Belakang
Visi & Misi
Persekitaran Surau
Saf Kepimpinan
Berita Aktiviti
Jadual Kuliah Pengajian
Aktiviti Penyenggaraan
Koleksi Ceramah
Galeri Gambar
Khairat Kematian
PTP Merbau Sempak
Kubor Felda Bkt Cerakah
E-group Surau
Kumpulan Marhaban
Suara Al-Hidayah
Artikel Pilihan
Jadual Waktu Solat
Hubungi Kami
Pautan
Cari
28-12-2008 Majlis Sambutan Awal Muharram 1430H

26-12-2008 Limpahan Jemaah Jumaat 26 Disember 2008

13-12-2008 Peti Derma Surau Dipecah Lagi

11-12-2008 Motivasi Anak Muslim Sejati 2008

07-12-2008 Ibadah Korban 1429H

05-12-2008 MP Kuala Selangor Berkhutbah Di Surau Al-Hidayah

29-11-2008 Wayang Pacak - Muhammad Utusan Terakhir

17-11-2008 Program Tahfidz Cuti Sekolah

15-11-2008 Pembinaan Pagar Surau Fasa I

01-11-2008 Jamuan Mesra Aidil Fitri 1429H

13-10-2008 Bermula Kelas Mengaji Dewasa

21-09-2008 Sumbangan Kuih Raya Polis Saujana Utama

21-09-2008 Khatam Al-Quran Tadarus Muslimat

12-09-2008 Bermulanya Solat Jumaat Di Al-Hidayah

07-09-2008 Majlis Bicara Puasa & Ramdhan 1429H

07-09-2008 Majlis Berbuka Puasa Perdana 1429H

24-08-2008 Diskusi Keluargaku Cemerlang II

23-08-2008 Gotong Royong

10-08-2008 Kejohanan Sukan Antara Surau Kali Ke-2

09-08-2008 Majlis Barbeque Keluarga

05-08-2008 Berakhirnya Episod Kontena ?

31-07-2008 Surau Kini Berhawa Dingin

27-07-2008 Pertandingan Azan Dan Solat Berjemaah

26-07-2008 Ceramah Israk Mikraj Oleh Datuk Hassan Din

19-07-2008 Kuliah Maghrib Oleh MP Kuala Selangor

19-07-2008 Bengkel Smart Solat Kanak-Kanak Dan Remaja

13-07-2008 Diskusi Rahsia Khusyuk Solat

07-07-2008 Perkhemahan Jatidiri Pemimpin Remaja

22-06-2008 Jumble Sale

15-06-2008 Perasmian Bangunan KIDaS

24-05-2008 Khatam Al-Quran Beramai-Ramai

17-05-2008 AGM Khairat Kematian Kali Ke-6

17-05-2008 Hari Keluarga Surau Al-Hidayah

15-05-2008 Detik Akhir Penyiapan Bangunan KIDaS

13-05-2008 Majlis Dialog Dengan PTA Kuala Selangor

11-05-2008 Karnival Jom Ke Surau Ke-2

04-05-2008 Kursus Pengurusan Jenazah Muslimin

17-04-2008 Program Perpindahan KIDaS

16-04-2008 Penubuhan Majlis Gabungan Surau

06-04-2008 Program Celik Al-Quran

30-03-2008 Program Ceramah Maulidur Rasul 1429H

24-02-2008 Pelancaran Skim Wakaf Peralatan & Kemasan KIDaS

17-02-2008 Impian Kasih : Antara Realiti & Fantasi

16-02-2008 Bengkel Editing Photoshop Bersama Lensa@SU

06-02-2008 Khidmat Rawatan & Pengubatan Islam

03-02-2008 Bubur Asyura Biro Muslimat

01-02-2008 Ceramah Maal Hijrah II

30-01-2008 Takziah Kepada Keluarga Dato' Ishak Baharom

20-01-2008 Ceramah Maal Hijrah Oleh Azmil Mustafa

14-01-2008 Kebakaran Rumah Sdra Zamri

12-01-2008 Menghidupkan Semula Pasukan Kompang

10-01-2008 Gotong Royong Maal Hijrah

05-01-2008 Peti Sumbangan Pakaian & Suratkhabar Lama

01-01-2008 Dapatkan Kalendar 2008/1429H
Pautan Lain



Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Perlembagaan BKKK
PERLEMBAGAAN
BADAN KEBAJIKAN KHAIRAT KEMATIAN
SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH,
SELANGOR DARUL EHSAN

BAB 01 NAMA
Adalah Badan ini dinamakan Badan Kebajikan Khairat Kematian (BKKK), Saujana Utarna, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.

BAB 02 PEJABAT DAN ALAMAT

Pejabat dan Alarnat Badan Kebajikan Khairat Kematian ini ialah Surau An Nur Lot P.T 6245, Seri Pagi 13, Saujana Utarna 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.

BAB 03 ALAMAT SURAT MENYURAT

Badan Kebajikan Khairat Kematian, Saujana Utama, Surau An Nur, Lot P.T. 6245, Seri Pagi 13, Saujana Utama 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.

BAB 04 TUJUAN

Fasal 01 a) Membantu dan mengurus kematian Ahli, Isteri, Suami, Anak-Anak, Anak Tiri, Anak Angkat ( yang didaftarkan ) dan lbubapa ( termasuk ibubapa mertua ).

BAB 05 KEAHLIAN

Fasal 02 a) Ahli Bersendirian Biasa

b) Ahli Lanjutan ( Suami / isteri boleh melanjutkan keahlian waris yang mati ).

BAB 06 SYARAT-SYARAT MEMOHON MENJAW AHLI

Fasal 03 Terbuka kepada umat Islam yang berumur tidak kurang dari 18 ( lapan belas ) tahun khasnya pada penduduk Saujana Utama, Sungai Buloh Country Resort dan Sri Pristana.

a) Permohonan ini hendaklah dibuat di dalam Borang menjadi ahli yang telah ditentukan dan dihantar kepada Setiausaha/Bendahari.

b) Permohonan Borang menjadi Ahli hendaklah disertakan sekali wang menjadi Ahli sebanyak:

i) Yuran Pendaftaran RM 10.00
ii) Yuran Tahunan RM 24.00
JUMLAH RM 34.00

c) Ahli boleh menderma atau sedekah seberapa banyak yang mereka sanggup.

BAB 07 KEWANGAN

Fasal 04 a) Kewangan Badan Kebajikan Khairat Kematian ini diperolehi daripada :-
i) Yuran ahli dan derma-derma.
ii) Lain-lain ikhtiar dan pendapatan yang halal.

b) Kewangan Badan Kebajikan Khairat Kematian tidak boleh digunakan membayar cengkeram, denda-denda mahkamah, atau tujuan pinjaman persendirian. Jika ada yang melakukannya boleh didakwa, melainkan diluluskan didalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK).

c ) Tahunan kewangan Badan Kebajikan Khairat Kematian ini dari lhb Januari hingga 31 hb Disember.

d) Penyata Kewangan Tahunan akan dibentangkan 1 tahun sekali.

BAB 08 YURAN DAN HUTANG-HUTANG TERTANGGUH

Fasal 05 a) Ahli yang tidak menjelaskan yuran BKKK mengikut tahun kewangan semasa akan menerima surat pemberitahuan dari Setiausaha/Biro Ahli dan jika tiada juga diselesaikan dalam tempoh (1) satu bulan dari surat atau 1 Mac setiap tahun, namanya akan dipotong daripada daftar ahli BKKK. Selepas lhb Mac Ahli terpaksa mendaftar semula sebagai Ahli baru.

BAB 09 HAK AHLI

Fasal 06 a) Seseorang yang layak diterima menjadi ahli Badan Kebajikan Khairat Kematian ini ialah apabila ianya telah menjelaskan yuran dan mengikuti peraturan-peraturan Badan Kebajikan Khairat Kematian, setelah itu ianya boleh mendapat segala hak sebagai Ahli dalam Badan Khairat Kematian (BKKK) ini sebagaimana yang tersebut dalam perlembagaan ini.

b) Seseorang yang menjadi ahli bermaustatin tetap berhak melantik dlan dilantik atau dipilih didalam Mesyuarat Agung.

c) Penaung Badan Kebajikan Khairat Kematian ini diperuntukan kepada Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau yang dilantik MAIS memegangnya.

BAB 10 SYARAT-SYARAT TUNTUTAN

Fasal 07 Bantuan Pengemburman

a) Ahli
b) Suami RM 650.00
c) Isteri

d) Anak lelaki ( yang berumur 13-23 tahun ) e) Anak perempuan ( yang belum pernah berkahwin ) RM 400.00 f) Anak angkat ( yang didaftarkan kepada pendaftaran anak-anak angkat ) dan anak kurang upaya(tiada had umur)

g) Anak lelaki dan perempuan RM 350.00 (yang berumur 6 -12 tahun)

h) Bayi yang sempurna. Sifat RM 300.00 sehingga 5 tahun.

i) Ibu dan Bapa termasuk Mertua RM 100.00 ( Kepada ahli )

j) Hanya suami, isteri atau anak yang dewasa saja dibenarkan menuntut bantuan wang kemnatian ini. Sekiranya ahli yang meninggal itu tidak berwaris maka siapa juga yang menanggungnya perbelanjaan mengebumikan ahli itu dibenarkan menuntut bantuan wang kematian ini dengan syarat dijamin oleh dua orang ahli sehingga halnya memuaskan hati.

k) Hanya satu pernbayaran khairat kematian. sahaja dikeluar bagi satu kematian, segala tuntutan pembayaran kewangan hendaklah disertakan atau dibuktikan dengan sijil kernatian.

BAB 11 KEWAJIPAN AHLI

Fasal 08 a) Ahli hendaklah meneliti dan patuh kepada undang-undang dan perlembagaan juga lain-lain peraturan Badan Kebajikan Khairat Kematian.

b) Ahli hendaklah memberitahu kepada Biro Ahli/Setiausaha setiap kali bertukar alamat tempat tinggal serta pertambahan ahli keluarga.

c) Ahli-ahli hendaklah menjelaskan yuran-yuran Badan Kebajikan Khairat Kernatian kepada Bendahari atau A.J.K yang dilantik untuk memungut yuran oleh A.J.K.

d) Ahli hendaklah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.

BAB 12 PENTADBIRAN

Fasal 09 i) Badan ini ditadbirkan oleh satu jawatan kuasa yang terdiri

a) Seorang (1) Pengerusi;
b) Seorang (1) Timbalan Pengerusi;
c) Seorang (1) Setiausaha;
d) Seorang (1) Penolong Setiausaha;
e) Seorang (1) Bendahari;
f) Dua orang (2) Pemeriksa Kira-Kira;
g) Sepuluh orang (10) A.J.K. Biasa;
h) Seorang (1) Penaung, dan
i) Tiga orang (3) Penasihat.

ii) Nama-nama ahli yang hendak dipilih ke jawatan tersebut terlebih dahulu hendaklah dicadang dan disokong, kemudian diundi oleh ahli yang hadir di Mesyuarat Agung.

iii) Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya setiap enam (6) bulan sekali, iaitu setelah diperingatkan selewatlewatnya tiga (3) hari terlebih dahulu kepada sekian Ahli Jawatankuasan (AJK). Pengerusi berhak mengadakan mesyuarat jawatan kuasa pada bila-bila masa juga, sesudah memberitahu hal berkenaannya tiga (3) hari terlebih dahulu, jawatankuasa itu hendaklah hadir sekurang-kurangnya setengah dari bilangan ahli AJK maka barulah sah diakui pedalanan mesyuarat itu.Kewajipan Jawatankuasa ialah mengatur dan memerhatikan perjalanan Badan Kebajikan Khairat Kernatian ini, dan juga mengambil apa-apa keputusan atas perkara perkara yang mengenai perjalanan Badan ini didalam masa sesuatu Mesyuarat Agung bersidang, pihak Jawatankuasa tidak dibenarkan bertindak secara berlawanan dengan kemahuan-kemahuan dan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung, Pihak Jawatankuasa pada bila-bila masa pun mesti patuh kepada kuasa Mesyuarat Agung.

iv) Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa berkuasa menjalankan segala urusan pentadbiran, menetapkan pemberian dan bayaran atau hadiah yang munasabah, berhak menerima apa-apa swnbangan pemberian atau yang berbentuk barang atau (wang) sedekah daripada waris atau orang ramai.

v) Pengerusi atas nasihat AJK boleh memecat Ahli yang memperlakukan kerja keji dan tidak sopan atau yang merosakkan nama baik Badan Kebajikan Khairat Kematian mengikut Perlembagaan setelah diberi peringatan dengan melalui lisan dan surat.

BAB 13 PEGAWAI-PEGAWAI PENTADBIRAN

Fasal 10 Kewajipan pegawai-pegawai ialah seperti berikut :

a) Pengerusi hendaklah menjadi Pengerusi didalam sernua Mesyuarat Jawatankuasa dan juga mewakili Badan Kematian Khairat Kematian ini didalam sebarang urusan dengan pihak luar.

b) Timbalan Pengerusi akan memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaanya.

c) Setiausaha hendaklah ia menyimpan segala buku-buku peringatan (record) terkecuali buku-buku kenyataan wang dan juga bertanggungjawab atas kesempurnaan buku-buku tersebut, beliau akan menyimpan segala butir-butir Mesyuarat Agung Ahli Jawatan kuasa.

d) Bendahari hendaklah menyimpan wang Badan Kemnatian Khairat Kematian serta memungut dan menjelaskan perkara kewangan atas segala perbelanjaan wang. Beliau tidak akan menyimpan pada dirinya wang Badan Kebajikan Khairat Kematian yang lebih daripada RM 650.00 tunai dan segala wang Badan Kebajikan Khairat Kematian yang lebih daripada anggaran yang tersebut hendaklah disimpan di Bank yang ditetapkan oleh pihak jawatankuasa (AJK). Cek dan lain lain wang / surat yang akan dikeluarkan untuk pembayaran dari Bank hendaklah ditandatangani oleh 2 daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setjausaha dan Bendahari.

e) Kewajipan pegawai-pegawai lain hendaklah ditetapkan jawatannya.

f) Ahli jawatankuasa yang tidak hadir didalam Mesyuarat AJK sebanyak tiga (3) kali berturut-turut tanpa sebab,ia akan dianggap sebagai telah menarik diri, dengan itu penggantinya harus dilantik oleh pihak jawatankuasa yang ada untuk berkhidmat sementara menunggu Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

g) Ahli jawatankuasa yang meninggal dunia (mati), atau diberhenti, perlu diganti tempatnya dan lantikan dibuat oleh pihak AJK.

BAB 14 BERHENTI MENJADI AHLI

Fasal 11 a) Ahli berhenti oleh kerana mati, dipecat atau diberhentikan mengikut Undang-Undang dan Perlembagaan Bab 8 Ceraian (a) Fasal 5.

b) Berhenti secara sukarela hendaklah terlebih dahulu memberitahu kepada Setiausaha dengan bersuTat dan menjelaskan segala hutang piutang kepada Badan Kebajikan Khairat Kematian, segala bayaran yang telah dibayar kepada Badan Kebajikan Khairat Kematian tidak akan dikembalikan.

BAB 15 PERKARA WANG

Fasal 12 Jawatankuasa berkuasa membenarkan mengeluarkan wang Badan

a) Badan Kebajikan Khairat Kernatian wang daripada simpanan mengikut Bab 10f, Fasal 07 dan Bab 04, Fasal 01 (C).

b) Mengeluarkan wang untuk kerja-kerja berkaitan dengan Badan Kebajikan Khairat Kernatian.

c) Pengeluaran wang dari bank (CEK) mestilah ditandatangani oleh 2 dari 4 orang yang dilantik, iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha.

BAB 16 PEMERIKSA KIRA-KIRA

Dua (2) orang luar daripada Pegawai Jawatankuasa hendaklah dipilih pada tiap-tiap kali didalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai perneriksa kira-kira tahunan dan menyampaikan hasil pemeriksaannya (report) kepada Mesyuarat Agung. Mereka boleh dipinta oleh Pengerusi bagi memerksa buku kira-kira pada bila-bila masa tahun perkhidmatannya dan juga menyampaikan hasil pemeriksaannya kepada pihak jawatankuaga.

BAB 17 MESYUARAT-MESYUARAT

Fasal 13 a) Mesyuarat Agung diadakan satu (1) tahun sekali, pernilihan jawatan-jawatan hanya dipilih pada Mesyuarat Agung sahaja.

b) Mesyuarat Agung luar biasa (Tergempar) Badan Kebajikan Khairat Kematian hendaklah diadakan apabila ada permintaan bertulis dan bertandatangan 1/3 dari ahli yang berdaffar dan sah keahliannya mengikut tahun berkenaan.

c) Mesyuarat AJK Pentadbir hendaklah diadakan sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali.

Notis mesyuarat hendaklah diserahkan dalam masa 2 minggu sebelum Mesyuarat Agung beserta dengan minit Mesyuarat Agung yang lepas.

BAB 18 MESYUARAT AGUNG DAN BADAN KEBARKAN KHAIRAT KEMATIAN

Fasal 14 Peraturan :-

a) Melantik seorang Pengerusi mesyuarat dan pembantunya dan mendengar pesanan Pengerusi,

b) Membaca kegiatan dan agenda Mesyuarat Agung;

c) Mengesahkan dan menerima penyata (minit) Mesyuarat Agung dan penyata kewangan tahunan.

d) Membincangkan dan mengambil keputusan usul-usul atau cadangan,

e) Memilih ahli jawatankuasa seramai sepuluh (10) orang;

f) Memilih perneriksa kira-kira (Audit Dalaman),

g) Penaung dan Penasihat dilantik secara automatik. Bab 09 Fasal 06 (c)

h) Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari dilantik secara pengundian.

BAB 19 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA (TERGEMPAR)

a) Jawatankuasa pentadbir berkuasa memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa ( tergempar ) apabila dipandang mustahak dan juga atas permintaan bertulis yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 3/5 dari ahli yang sah keahliannya.

b) Seorang Pengerusi mesyuarat bebas hendaklah dipilih daripada kalangan ahli yang hadir untuk menguruskan Mesyuarat Agung tergempar.

c) Segala keputusan muktamad jika dengan kelulusan dan disokong oleh ahli yang hadir.

d) Tidak boleh melantik atau dilantik AJK didalam Mesyuarat Agung Luar Biasa ( tergempar ) ini.

BAB 20 TEMPAT MESYUARAT

Sernua mesyuarat diadakan di Surau An Nur, Surau Al Hidayah atau yang ditetapkan di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa.

BAB 21 UNDI PEMUTUS

a) Pengerusi mesyuarat berkuasa membuat undi pemutus jika undi sama banyak.

b) Cara undi Mesyuarat Agung akan ditetapkan oleh ahli yang bermesyuarat sama ada undi sulit atau dengan angkat tangan.

BAB 22 GENAP BILANGAN (KORUM)

Fasal 17 a) Kehadiran Mesyuarat Agung ialah seramai 1/3 dari ahli yang berdaftar.

b) Mesyuarat Agung Luar Biasa (Tergempar) 3/5 dari ahli yang berdaftar dan sah keahliannya.

BAB 23 CARA MEMANSUHKAN

Badan Kebajikan Khairat Kematian tidak boleh dimansuhkan melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada 1/3 daripada ahli yang sah keahlian dengan ikrar sendiri di dalam Mesyuarat Agung yang diadakan kerana tujuan ini. Sekiranya Badan Kebajikan Khairat Kematian ini dimansuhkan mengikut secara yang tersebut di atas maka segala hutang dan tanggungan yang sah mengikut undang-undang hendaklah diselesaikan atau dijelaskan dan semua harta-hartanya hendaklah diserahkan kepada Mesyuarat 1/3 kehadiran ahli.
Waktu
Asmaul Husna
Member Poll
There is no content for this panel yet
Us Mohd Nizam - 19 Sept ( Khutbah )
Us Mohd Nizam - 19 Sept ( Tazkirah )
YB Dr Zulkefly - 05 Dec ( Khutbah )
Us Wan Ji - 02 Jan 09 ( Khutbah )
Us Mohd Nizam - 23 Jan 09 ( Khutbah )

2009
Bil 1/09 - Hikmah Kejadian Alam
Bil 2/09 - Hukum Menyambut Hari Valentine
Bil 3/09 - Hidup Bersama Allah
Bil 4/09 - Rasulullah Sebagai Motivasi
Bil 5/09 - Penghulu Segala Hari

2008
Bil 1/08 - Kepentingan Solat
Bil 2/08 - Mencari Kelebihan Lailatul Qadar
Bil 3/08 - Untuk Siapa Aidil Fitri ?
Bil 4/08 - Muhasabah Madrasah Ramadhan
Bil 5/08 - Kepentingan Khusyuk
Bil 6/08 - Fadilat Solat
Bil 7/08 - Islam Cara Hidup
Rakaman Terkini Kuliah
Us Abdullah Isa : 7/11/10
Us Abdullah Khairi - 31 Okt
Us Mohd Nizam - 3 Jan
Us Hishamuddin - 6 Dec
Us Hishamuddin - 3 Jan
Us Hishamuddin - 17 Jan
Us Solehin Mokhyi - 18 Jan
Us Mohd Nizam - 5 Mei
Us Solihin Mokhyi - 10 Mei

Klik Untuk Lagi Rakaman
Copyright & Copy 2006, Surau Al-Hidayah Saujana Utama; Persiaran Saujana 2, Saujana Utama; 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
.: Penafian :.
Pihak Surau Al-Hidayah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau gangguan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Powered by PHP-Fusion v6.00.110 © 2003-2005 - Aztec Theme by: