Jogathon Amal KIDaS telah diadakan pada 9 September 2007 untuk mengutip derma bagi mengisi Tabung Pembinaan Bangunan KIDaS. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh YB Tn Daud Tariheap, Ahli Parlimen Kuala Selangor. Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah atas kesungguhan dan kejayaan semua pihak dalam penganjuran aktiviti ini. Harapan beliau seterusnya ialah untuk mendesak agar pembinaan SRA Saujana Utama dilakukan segera. Beliau seterusnya telah membuat pelepasan semua kategori peserta di Surau Al-Hidayah Saujana Utama.
Sementara itu, berdasarkan angka tidak rasmi, kira-kira RM 51,200 telah berjaya dikumpulkan menerusi program ini. Adik Nurul Izzah bt Nor Izmin ( Kelas 2 Abu Bakar ) telah diumumkan sebagai pemenang kepada mereka yang berjaya mendapat pungutan tertinggi dengan jumlah sebanyak RM 10,300. Ini diikuti dengan adik Nur Atherah Bte Azman ( Kelas 4 Omar ) yang berjaya memperoleh RM 5,306. Kedua-kedua pemenang telah menerima hamper dan sebuah basikal. Turut menerima cenderahati ialah 8 orang lain yang mendapat kutipan tertinggi, cabutan bertuah dan pemenang setiap kategori larian.
Pengerusi AJK Pengurus KIDaS, dalam ucapannya, merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan, kerjasama semua dalam menjayakan aktiviti ini. Dengan jumlah ini menurut beliau, bangunan KIDaS semakin menjadi realiti.
Untuk lagi gambar, sila lawati http://kidas.saujanautama.net |